BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 3, 2011

PENGENALAN TABIKA

Tabika ini ditubuhkan pada tahun 1985 sehingga kini sudah 26 tahun ianya beroperasi dan merupakan tabika yang terawal ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Daerah Kubang Pasu, beroperasi di  Dewan Orangramai Kampung Kubang Chenok.Saya merupakan guru yang ketiga  berkhidmat di Tabika dan mendapat sambutan yang menggalakan masyarakat setempat dalam kawasan Rukun Tetangga Padang Sera.Tabika yang terletak di jalan  Pekan Padang Sera  (4 km) dan Pekan Napoh (7 km). Mempunyai 35 orang kanak-kanak iaitu 18 orang berbangsa Melayu , seorang berbangsa Cina dan 16 orang berbangsa Thai.

Encik Ismail Bin Zakaria adalah Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. Beliau menyelia dan mengawasi pentadbiran dan aktiviti Rukun Tetangga dan tabika-tabika disekitar kawasan tersebut.Dibawah pentadbiran beliau terdapat tiga orang lagi Penolong Pegawai Perpaduan di mana salah seorang diantara mereka ialah Puan Intan Syapiza Bt. Hat.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran Rukun Tetangga dan Kelas Tabika Perpaduan Kampung Kubang Chenok.

Tabika ini menerima kanak-kanak yang berumur 4 tahun (lahir bulan Januari sahaja), 5 dan 6 tahun. Kurikulum Tabika Perpaduan adalah mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan penubuhan Tabika Perpaduan ini dapatlah melahirkan insan  yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,  rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan  kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan  warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Malaysia.

0 comments: