BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 4, 2011

Anugerah dan Pencapaian Kelas Tabika

                  
       Majlis Anugerah Kualiti 2010 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Negeri Kedah
       - Mendapat Anugerah Kelas Tabika Perpaduan Cemerlang Tahun 2010

      Anugerah -anugerah yang  diperolehi:
      - Anugerah Kualiti RT  peringkat Daerah Kubang Pasu (2008) -Kelas Tabika Perpaduan Cemerlang
      - Anugerah Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Kedah (2009)-Kelas Tabika Perpaduan Cemerlang


Thursday, February 3, 2011

Aktiviti Kelas Tabika Bulan Januari 2011


                                                   Demonstrasi Menggosok Gigi

Aktiviti Kelas Tabika Bulan Januari 2011





                                       Mesyuarat Penubuhan Dan Perlantikan JPTP Tahun 2011

Aktiviti Kelas Tabika Bulan Januari 2011

                                          

Majlis Taklimat Waris Kanak-Kanak Tahun 2011

Gambar Kelas Tabika

                                       

                                                    Gambar Depan Kelas Tabika

PENGENALAN TABIKA

Tabika ini ditubuhkan pada tahun 1985 sehingga kini sudah 26 tahun ianya beroperasi dan merupakan tabika yang terawal ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Daerah Kubang Pasu, beroperasi di  Dewan Orangramai Kampung Kubang Chenok.Saya merupakan guru yang ketiga  berkhidmat di Tabika dan mendapat sambutan yang menggalakan masyarakat setempat dalam kawasan Rukun Tetangga Padang Sera.Tabika yang terletak di jalan  Pekan Padang Sera  (4 km) dan Pekan Napoh (7 km). Mempunyai 35 orang kanak-kanak iaitu 18 orang berbangsa Melayu , seorang berbangsa Cina dan 16 orang berbangsa Thai.

Encik Ismail Bin Zakaria adalah Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. Beliau menyelia dan mengawasi pentadbiran dan aktiviti Rukun Tetangga dan tabika-tabika disekitar kawasan tersebut.Dibawah pentadbiran beliau terdapat tiga orang lagi Penolong Pegawai Perpaduan di mana salah seorang diantara mereka ialah Puan Intan Syapiza Bt. Hat.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran Rukun Tetangga dan Kelas Tabika Perpaduan Kampung Kubang Chenok.

Tabika ini menerima kanak-kanak yang berumur 4 tahun (lahir bulan Januari sahaja), 5 dan 6 tahun. Kurikulum Tabika Perpaduan adalah mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan penubuhan Tabika Perpaduan ini dapatlah melahirkan insan  yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,  rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan  kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan  warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Malaysia.